Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Wednesday, November 24, 2010

PETUA DALAM ALIRAN MAT KELANG.

Didalam permainan mat Kelang ini, sebenarnya mengandungi banyak falsafah dan petua pukul. Yang manisnya,ia terhimpun didalam setiap gerak dan buah yang ada dalam pukulan. Yang pahitnya, tidak semua guru akan menerangkannya...mungkin kerana merasakan ia menjadi hak diri ataupun memang dia tidak tahu dari awal lagi.

Saya menurunkan beberapa petua sebelum melangkah dari rumah atau sebelum hendak bertempur. Saya ingatkan bahawa setiap pertubuhan silat dan pukulan yang lain,mempunyai petuanya sendiri atau sama, tetapi apa yang saya turunkan disini adalah petua yang saya dapat dari aliran Permainan Mat Kelang sendiri. Disamping itu,hakikat petua ini bergantung kepada Qada' dan Qadar Allah, Namun setiap Sunnatullah itu ada tandanya...Gunalah jika ia manfaat,Simpanlah jika tidak muafakat.

Petua sebelum Keluar:

1. Makrifatkan pandangan bathin pada Kaabah allah yang ditawafkan manusia,jika tiada dapat, putuskan diri anda dari hajat untuk berlangkah perang.
2. Telanlah air liur dan pastikan bahagian telinga berdetik sekali,jika dalam telinga tiada berdetik,putuskan diri anda juga.
3. Kemutkan lubang dubur dan pastikan pangkal zakar kita tertarik sama.Jika tidak, putuskan hajat.

Petua Penangkal Nyawa / Petua Tanya berempat :

1. Tanya Pada Bumi: Meletakkan jari pada lidah atau manisan atau masinan(?) ,jika tiada rasa,maka ia petanda pertama.(bumi itu letaknya rasa dan karsa,kerana bumi adalah ramuan yang menghidupkan dan menghancurkan)

2. Tanya Pada Langit: Menyentuh Lelangit dengan Lidah kita,jika tiada geli,maka ia petanda kedua.

3. Tanya Pada Laut: Berhajat pada makanan kerana lapar(perut ibarat lautan yang dalam,jika diisi apapun ia tak akan penuh..sama la perut kita). Jika tiada lapar dan tak selera makan, maka ia petanda ketiga.

4. Tanya pada Tanjung: Melihat hujung hidung sendiri(ia ibarat tanjung pada muka ).Jika tiada nampak atau tak mampu nak dilihat,maka ia pelengkap tanda, anda perlu berangkat.....

"Setiap yang  Bernyawa Pasti Merasai Mati...."

1 comment:

  1. asalamualaikum Amangkurat beberapa petua yang anda post kan di sini ada kesamaan dengan apa yang saya gunakan , dan saya ucapkan terima kasih kerana ada beberapa petua yang anda post kan di sini saya tak tahu any way ia sesuatu yang berguna terima kasih

    ReplyDelete