Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Saturday, November 26, 2011

Sembah Muhibbah Pada Guru: ABAS BIN DAGANG(PAK ABAS) BAH. 2

Assalamualaikum dn Salam Sejahtera,

Mari kita sambung artikel ini. Dah lama saya tidak post blog memandangkan banyak urusan sejak bulan Disember lagi yang perlu saya uruskan. Apalagi saya baru berpindah tempat kerja dan perpindahan rumah dll. Apapun kepada rakan-rakan yang bertanya, terima kasih saya ucapkan.

Sambungan:


Pak Abbas telah mendirikan rumah tangga pada tahun 1952 bersama Almarhumah Fatimah Abu Bakar dan dikurniakan anak perempuan bernama Junainah. Semasa Pak Abbas melibatkan diri didalam askar,beliau juga terlibat didalam aktiviti kongsi gelap cina di Singapura (geng 08) dan selepas keluar dari askar(pada tahun 1959-60) beliau terlibat secara aktif di dalam kongsi gelap tersebut dan beliau mengakui nama beliau di dalam kongsi itu cukup gah, dan mulai saat itu beliau dikenali sebagai Ahmat Samseng. Beliau sentiasa terlibat dalam pergaduhan dan perkelahian antara kongsi dan amat banyak "darah dijilat", bila ditanya berapa banyak, beliau hanya mengungkap, "bersudu juga banyaknya.."..almaklum, orang dulu jika nak elak Badi, kena juga menjilat darah... Sewaktu di Singapura juga, beliau rapat dengan Almarhum Guru Md Ali Rani, iaitu Chalis, yang menjawat jawatan Sub- inspector di Balai Polis Beach Road. Bersama -sama Guru Chalis, beliau telah mencari gelanggang- gelanggang silat dan melihat permainan mereka. Banyak juga kisah-kisah bersama Almarhum Chalis ini di dalam simpanan beliau.

Diceritakan juga oleh beliau bahawa kongsi gelap pada waktu itu adalah dibawah naungan orang yang amat penting di Singapura pada waktu itu, dan beliau banyak bercerita kisah-kisah semasa didalam kongsi gelap, banyak mengajar beliau erti kehidupan sebenar dan penggunaan pukulan Mat Kelang yang efektif. Senjata pilihan beliau pada waktu itu adalah kerambit, dan beliau menganggap senjata itu sebagai "Teman" beliau. Banyak suka dan duka yang berlaku semasa berada di kongsi yang pada saya amat bernilai dan berharga buat beliau(kisah-kisah ini biar saya simpan untuk mengelakkan sebarang masalah yang mungkin timbul jika diceritakan). Pernah nyawa beliau menjadi taruhan, pernah hampir dibunuh dan ingin dihumban ke Batu Putih. Diceritakan bagaimana kumpulan kongsi Gelap musuhnya berjaya menangkap beliau pada satu hari, dan beliau diputuskan oleh ketua kongsi untuk dibunuh dengan menghumbannya ke laut pada tepat 12 tengah malam. Pada masa itu beliau ditempatkan di bilik bawah tanah,tanpa ada tandas dan pintu keluar masuk hanya melaui siling sahaja. Pada masa itu,tinggal beberapa jam lagi untuk dbuang ke laut. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan beliau pada masa itu, beliau pasrah dengan takdir tersebut. Namun, tiba-tiba beliau terdetik dalam hati, "Apa guna kau belajar ilmu pukulan dan dalaman dalam keadaan sekarang?"..Dengan suara hati itu, beliau menyusun strategi untuk menyelamatkan diri. Alhamdulillah , beliau mendapat akal apabila menyedari yang bilik itu tiada tandas. Beliau menjerit keatas memanggil ahli kongsi yang menjaga beliau. Ahli kongsi tanya "Apa Mau?", Pak Abbas sebut "Aku Mau makanlah, lapar..." Kata kahli kongsi itu, "Lu lapar ka Mat, lu mau makan apa? apa saja lu mau kita bagi , ini hari last lu makan..". Pak Abbas telah minta Ayam Panggang seekor, Beef Steak, Air dan Rokok sekotak.. Ahli Kongsi terus pergi mendapatkan makanan itu dan menghantar pada Pak Abbas melalui tali. Beliau pun makan sehingga kenyang.


Kemudian Pak Abbas menjerit lagi kerana ingin buang air besar. Ahli kongsi merungut kerana hal itu, tetapi akur, kerana ketua kongsi telah mengarahkan dia untuk penuhi hajat Pak Abbas apa saja...Beliau diarahkan naik dan dikawal oleh dua orang kongsi di depan dan belakang Pak Abbas, dimana kedua-dua kongsi memegang pistol. Tandas pula agak jauh dari bilik bawah tanah tersebut. Pada masa ini, Pak Abbas telah menggunakan buah sebat Belakang pada kongsi di belakang beliau, dan Alhamdulillah tepat mengenai  Aurat musuh. Apabila rakan itu jatuh, kongsi didepan Pak Abbas menoleh, malangnya beliau turut kena Pukulan pada perut dan mukanya, tanpa sempat melepaskan tembakan. Pak Abbas terus mengambil kedua- dua pistol dari ahli-ahli kongsi yang dah terbaring dan lari. Namun disebabkan itu adalah kawasan kongsi musuh, beliau telah dikejar oleh berpuluh-puluh orang. Agak jauh beliau berlari,kerana beliau berlari kearah kawasan Kongsi beliau. Diceritakan apabila penat, beliau akan berhenti dan mengacukan pistol kepada gerombolan yang mengejarnya, dan mereka pun berhenti kerana takut kena tembak(hahahaha). Beliau pun sampai di tempat beliau, manakala Gerombolan tersebut tak berani untuk masuk kawasan beliau. Beliau singgah di warung Bai(Warung mamak Malabar) dan minta air sarbat. Rakan Kongsi yang lain telah kerumun di situ dan melihat Pak Abbas. Pak Abbas melempar dua pistol tersebut serta mengarahkan ia disimpan. Lalu diceritakan kepada semua rakan kongsi tentang apa yang terjadi. Keesokan harinya pula, beliau telah mengatur lawan balas pada musuh, dan ia bersambung seterusnya...Kesimpulannya, berkat yang Allah kurniakan kepada ikhtiar pukulan Mat Kelang, beliau dapat memboloskan diri dan terus hidup sehingga sekarang. Beliau juga memberitahu, beliau balik ke Melaka pun kerana Pihak Tertinggi di Singapura ingin membuang beliau ke Pulau Senang tanpa bicara. Beliau telah diberitahu oleh rakan polis pada masa itu, dan beberapa jam selepas itu beliau telah keluar dari Singapura.


Pernah beliau menceritakan bagaimana beliau pernah beradu dengan seorang guru kungfu cina di tempat latihan wushu berdekatan dengan kampungnya di Selandar. Waktu itu beliau mendengar kehandalan guru ini melatih wushu,lalu beliau pergi ke gelanggang tersebut untuk melihat sendiri guru tersebut. Dipendekkan cerita apabila guru wushu ini lihat Pak Abbas di tepi gelanggang, beliau mempelawanya untuk belajar. kata Pak Abbas,dia tak mahu,nak datang untuk tengok sahaja. Kata Guru wushu tersebut, kena belajar wushu ini sebab kalau tak belajar, orang pukul mesti kena kat kita. Pak Abbas berseloroh dengan katanya "kalau kena, tapi kalau tak kena macam mana?" , Guru Wushu berasa tercabar, lalu beliau mengajak Pak Abbas bermain. Kesudahannya, berbuih mulut Guru Wushu tu kena. Dan ironinya selepas itu, Guru Wushu tersebut mula rapat dengan Pak Abbas. Tetapi beliau telah meninggal dunia 6 bulan selepas insiden itu.

Banyak lagi kisah-kisah Pak Abbas yang tak dapat saya muatkan disini. Tetapi pada saya, beliau telah menempuh banyak rintangan dan dugaan,malahan telah mempraktikkan Pukulan dalam kehidupannya. Beliau merupakan contoh ahli pukulan yang telah menguji keberkesanan pukulan ini, dan melihat sendiri hasilnya. Walaupun pada masa kini beliau tidak lagi aktif dan uzur, setiap kali apabila menyebut tentang pukulan, beliau akan kembali bertenaga. Sekarang ini, mata beliau sebelah sudah tidak nampak, dan lengan kanan beliau sangat lemah kerana terliat dengan kemalangan jalanraya(beliau telah terlibat dalam kemalangan jalan raya sebanyak 3 kali). Beliau sangat bersemangat apabila bercerita tentang isu perjuangan Bangsa Melayu dan selalu menyebut pada saya, " Kalau terjadi lagi peristiwa bab kaum ini, biar atuk berdiri didepan sekali dalam barisan...."