Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, October 18, 2010

Mat Kelang: Sejarah diri Mahaguru.(BAH 2)









Semasa proses mencari lokasi kubur sebenar Arwah Mat Kelang, Mak Leily dan Hj Hamid telah menunjuk satu panduan yang tepat : "Balik Ke Kesang Tua!"...Manakan tidak,disinilah tempat tinggal Anakanda Arwah Mat Kelang yang terkenal di kalangan aliran Lee Tek Bong iaitu Arwah Haji Jantan Bin Ahmad, dimana hubungan yang erat ibarat isi dengan kuku terjalin di antara Mendiang Tek Bong dengan Arwah dan Anakandanya, Haji Jantan.

Menurut Ahmad bin Haji Jantan, Almarhum Haji Jantan dilahirkan di Kandang Kerbau, Singapura pada tahun 1929 sewaktu Arwah Mat Kelang berada dan bertugas disana. beliau merupakan anak kepada ibu Mahani Binti Nayan, isteri Mat Kelang yang berketurunan Boyan(Bawean). Beliau telah berkahwin dengan dua orang isteri iaitu Sabariah(cerai sewaktu di Singapura) dan Salmah binti Jantan(Meninggal baru-baru ini iaitu 04.02.2010). Dari Sabariah, Haji Jantan mendapat dua orang anak iaitu Amran dan Hamidah. Manakala dari Arwah Sabariah, Beliau mendapat 9 orang anak iaitu Aini, Airah, Adnan, Osman, Normah, Normi, Azmi, Azman dan terakhir Ahmad(Mamat).
Arwah Haji Jantan sangat dikenali kerana beliau merupakan pemandu Bas MOS(Malacca Omnibus Service...dulu time skola aku panggil Bas Nak Roboh..) yang berulang alik dari Melaka-Jasin-Nyalas. Waktu beliau hidup, bas tu selalu parking berhampiran rumah beliau di Kesang. Sebenarnya, Haji Jantan juga belajar dari Arwah Ayahandanya, bahkan telah mengajar beberapa orang dari golongan Melayu  dan Cina, seperti Dato' Khamis bin Abu Samah, Ah Guan, Budak-budak cina dua beradik yang bekerja sebagai Posmen dll. Diceritakan oleh En. Ahmad bahawa ayahanda beliau mengajar hingga ke paras bawah(paras Cimande) dan membakar dupa. Beliau selalu dilawati oleh Mendiang Lee Tek Bong hingga pernah beliau bawa anak-anak buahnya (dengarnya Dato' Wira Gan Boon Leong pun ada! beliau belajar juga dengan Tek Bong.) datang berkumpul di rumah Haji Jantan. Yang Manisnya, Mendiang dan anak-anak buahnya tahu dimana letak kubur dan keluarga Mat Kelang(satu pencapaian yang waris Permainan Mat Kelang lain pun tak buat bahkan mungkin tak tahu...). sebagai contoh, En. Ah Guan masih akrab dngan keluarga En. Ahmad hingga kini! Beliau belajar dengan Tek Bong dan Haji Jantan sejak muda belia lagi(rajin cina ni...).

Terdapat satu insiden yang merubah haluan hidup Arwah Mat Kelang sehingga beliau berhijrah pulang ke Melaka.Pada satu kejadian, Beliau telah berhadap dengan lebih kurang 60 orang Cina Kongsi(Singapore ni dulu mmg banyak kongsi pun, macam2 nombor geng dia...Nak tau sapa kepala kongsi semua ni?...jawabnya Lee kuan Yew lahanat tu le...aku tak tipu beb...aku tau pun sebab guru aku citer).semasa pergaduhan ini tercetus, Arwah Mat Kelang menggunakan segala ilmu dan kederat yang ada, dimana akhirnya beliau dapat makan(ni istilah tewas) sebahagian besar ahli geng tersebut. Arwah juga terkena senjata geng kongsi lahanat ni,sehingga dikatakan terdapat parut kerambit di dada kanan,kiri di tangan dan dibahagian kepala(dahi atas). Kerana ambush terlampau ramai, beliau telah lompat lenting merentasi bumbung rumah hingga hilang dari pandangan musuh(bab ni saya akan hurai kemudian,ni memang kes perkara pelik mencarik adat...)
Selepas pulang kembali ke Kampung Nyalas dari Singapura, Arwah Mat Kelang telah dikatakan menjadi bodyguard syarikat bas MOS(time tu kan ancaman bintang tiga meluas, so pendekar macam Mat Kelang ni dijadikan orang kuat syarikat Bas..)..beliau telah mengajar orang-orang di Nyalas, dan Selandar(rumah keluarga anak beliau di Selandar iaitu Mak Nah). Diceritakan pada waktu inilah beliau mengajar sebahagian guru-guru Mat Kelang yang masyhur seperti Arwah Chalis(Mat Ali Rani), Arwah Raja Ghalib, Mendiang Lee Tek Bong(beliau belajar secara perseorangan dengan Arwah Mat Kelang dan selalu membawa Mat Kelang ke Melaka untuk belajar disana.),Sarjan Ma'ruf,Che Harun, Mat Kedah(bekas polis di Melaka,dan balik ke Utara selepas Bersara),Jantan Keling, Uyub, Haji Jantan, Dagang bin ali(bapa Pak abas), Datuk Aweng dll. Terdapat juga dakwaan bahawa beliau mengajar di luar Selandar seperti di Pendamar(air Molek), dan bandar Melaka, tetapi sejauh mana kebenarannya tidak saya ketahui. yang pasti ,jika anda pergi ke Selandar dan Nyalas, boleh dikatakan ramai orang2 lama disana belajar Permainan Mat Kelang ini..Namun ramai generasi kedua permainan ini telah pun meninggal dunia...yang tragisnya,ada yang masih hidup tetapi telah mengalami penyakit nyanyuk. Secara jujur, saya masih mengkaji dan mencari keturunan Mat Kelang untuk mengetahui butir-butir sejarah yang masih diingati.

Semasa di Melaka ni, banyak kehebatan Arwah diceritakan orang. Seperti cerita dari Ah Guan, Arwah Mat Kelang pernah menolong seorang tauke Cina jual Arak Putih, yang mana stok araknya hendak dirampas polis/kastam. Dek kerana resahnya tauke ni, beliau terus meminta bantuan Mat Kelang untuk membantu beliau. Tanpa Lengah, Arwah Mat Kelang terus mengangkat bekas-bekas berisi arak putih itu seorang diri(padahal berat satu-satu bekas tu,tambah pulak arwah ni kecil orangnya...) dalam keadaan Tauke dan orang keliling tak sedar...dipercayai telah kena Perabun @ Pukau, hingga apabila Arwah Mat Kelang selesai, beliau hanya menepuk bahu Tauke tu, baru tauke tu tersedar. Beliau terkejut, yang Mat Kelang telah mengangkat kesemua bekas Arak dalam masa yang singkat dan seorang diri. Padahal beliau tahu bahawa nak angkat 1 bekas tu sahaja memerlukan dua orang!

Diceritakan juga bahawa Arwah Mat Kelang ni juga memliki ilmu peringan @ apung Angin @ Shaifi Angin. Kisah ini dari Cucu beliau Ahmad, bahawa datuknya pernah melompat dan sampai di pucuk pokok kelapa, dengan hanya menekan nafas. Diceritakan dari Guru saya Abas, bahawa Arwah Mat Kelang akan memeluk anak muridnya dengan tangan kiri tadi dan membaling sampai tercampak jauh anak murid tadi. Satu ilmu yang telah diwariskan kepada Mendiang Tek Bong dan Murid-murid tertentu adalah ilmu kebatinan hingga bertemu Tulang Belakang(temu tulang) yang mana selepas itu,dilarang bertemu antara dua orang ini selama tiga bulan. Kaifiat yang dikatakan dapat adalah:

"Bakar tak Hangus,
Rendam tak Basah,
Gantung tak Mati..."

Namun Arwah Mat Kelang menekankan ia menjadi selagi belum ajal. Diceritakan Arwah Haji Jantan mengajar juga bagaimana mengenal "Saat Ajal" kepada murid bukan Melayu seperti Ah Guan..
Sewaktu Arwah Mat Kelang berada di Singapura, beliau tetap mencurahkan ilmu di dada kepada anak- anak muda di sana. Dipercayai pada waktu ini beliau juga telah mempunyai anak-anak murid yang kanan, dimana terdapat sebilangan pewaris dari sana telah mengajar kepada orang di Singapura dan di Johor(iaitu pewaris generasi kedua).Disini juga memerlukan beberapa penelitian untuk mencari pewaris di Singapura dan Johor(tolonglah saya ni...).Terdapat juga pewaris yang mengajar Pukulan Mat kelang di Johor tetapi belajar di Melaka seperti Che Harun (bekas anggota polis)yang mengajar kepada Haji Omar yang sekarang masih mengajar di Johor.(saya sedang mencari Che Harun ni kerana beliau telah belajar terus dengan  Mat Kelang, dipercayai umurnya sekarang mencecah 77 tahun...sapa2 tau dimana dia?).Terdapat juga pewaris yang belajar bukan dari Mat Kelang, sebaliknya telah belajar dengan Arwah Chalis(Md Ali Rani) dan mengajar (iaitu dianggap sebagai pewaris generasi ketiga) seperti Cikgu Pak Mat Paip(dulu bawa teksi).


Jika disusuri sejarah Arwah, memang banyak kemahsyuran yang dikaitkan dengan nama beliau.Ramai guru, pendekar yang menguji beliau namun tewas. Antara yang menarik ialah apabila beliau memukul, beliau akan memukul dalam keadaan setempat hanya bergelek, tetapi musuh yang kena akan tercampak sejauh berpuluh kaki. Jika beliau melompat, lompatan beliau boleh melepasi bumbung sehingga ke sebelah. Jika beliau memukul dalam keadaan selangkah atau pancang, musuh akan nampak tangan beliau seperti bergerak tari melambai,namun jika ternampak gerak itu, alamat dah kena...

"Melayu tak suka menunjuk,
 jika tunjuk takkan nampak,
 jika ternampak dah kena... "
Beliau berkulit sawo matang gelap,sederhana tinggi,tegap dan berwajah gagah. Terdapat parut seperti yang saya ceritakan diatas. Senjata beliau adalah kerambit, dan ia sentiasa menemani beliau. Beliau mengajar dengan disiplin dan ia sentiasa bercerita dengan murid-murid beliau...
Namun terdapat hakikat yang tidak boleh diubah...Dimana arwah mat Kelang juga pernah tumbang sewaktu hayatnya. Beliau pernah berhadap dengan adiknya sendiri iaitu Salim. sewaktu berhadap itu,pukulan arwah Mat Kelang langsung tidak menggerakkan arwah Salim, sebaliknya tamparan Arwah Salim menyebabkan Arwah Mat Kelang jatuh, walaupun Arwah Salim hanya menampar perlahan. Arwah juga pernah gagal dalam berdepan dengan Raja Ghalib sewaktu di Kelang, yang merupakan seorang guru kebatinan yang bertugas sebagai pegawai kastam, yang akhirnya menjadi murid Mat Kelang(beliau mengambil pukulan, manakala Mat Kelang mengambil Kebatinan). Arwah Mat Kelang juga pernah tumbang sewaktu berhadap dengan Arwah Mat Inchi(orang handal di Nyalas) dimana Arwah Mat Inchi pernah diuji Arwah Mat Kelang hingga yang berdamping putus ikatannya dari Arwah, hingga ditanam dibawah pokok Lengkuas di Tanah milik Arwah Mat Inchi(saya harap anda sekarang faham bila berlaku perkara mencarik adat, apa ASBABNYA...)
Diceritakan selepas beliau mencurahkan Ilmu di Negeri Melaka bertuah ini, beliau telah mengalami uzur selepas bertemu dengan Arwah Mat Inchi di Nyalas, dan meninggal di Kesang Tua serta dikuburkan di Perkuburan Lama Kesang Tua dalam tahun 1960(ini menurut anggaran Ahmad, jika merujuk Laila, ia meninggal pada tahun 1958).Di sekitar kubur almarhum,terdapat juga kubur isteri beliau iaitu Mahani binti Nayan,Arwah Haji Jantan,Hajjah Salmah dan Mak Nah.Terdapat satu kisah menarik, dimana sebelum Arwah Dikebumikan, mereka telah menunggu Mendiang Lee Tek Bong sehingga sampai dan dapat menatap Arwah, kemudian baru dikebumikan...ini adalah amanat terakhir arwah kerana beliau sangat akrab dengan Mendiang Tek Bong.

7 comments:

  1. Salam saudara irwan... satu kupasan yg bermaklumat saya kira... Cuma satu yang saya nk tanya, adakah cucu arwah Mat Kelang ni, iaitu Ahmad Bin Hj. Jantan seorang guru sekolah?... T.Q

    ReplyDelete
  2. bukan....beliau bekerja kampung bawa muatan kelapa sawit.

    ReplyDelete
  3. bagi anda satu kupasan yang menarik ya.bila anda jumpa Pak abas tu ...kirim salam la kat dia ye................

    ReplyDelete
  4. Salam sdra Wan...sy anak Nyalas lahir dan membesar di kg Nyalas...masih teringat lagi arwah yg kami panggil Mat Kolang...kenal dgn Laili dan Laila..Ingat lagi arwah Mat Inchi...arwah Jantan dan isterinya Cikgu Salmah...Alfatehah. Adakah Pak Abas dlm foto tu org Ujung Pasir...??

    ReplyDelete
  5. Amat menarik kisah Mat Kelang serta anak2 didik beliau . Kalau diperhatikan, ramai org2 handal yg berada di sekitar Nyalas . Cuma nak tanya pada bro yg tahu kisah Makam Tok Gubar di kawasan tersebut dan adakah beliau kait mengait dgn Susur galur Mat Kelang/Mat inchi??

    ReplyDelete
  6. salam admin.bole sy tahu siapa di Melaka 'di ijazah' utk mengajar pukulan Mt Kelang ni?

    ReplyDelete
  7. Salam admin.. di mana gelanggang Pukulan Mat Kelang? yg saya jumpa adalah gelanggang silat setiabakti.. terima kasih

    ReplyDelete