Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Tuesday, May 1, 2012

Latihan BELEBAT: Keperluan Untuk Murid. BAH. 2

     Seringkali sewaktu saya berlatih PMK dahulu, antara perkara awal yang dilakukan sebelum berlatih, adalah bermain Belebat 1-5 terlebih dahulu. Latihan belebat adalah mudah dan boleh dilakukan semasa pagi selepas Solat Subuh dan ia tak perlu lama. Cukup sekadar 5 minit. Untuk peringkat pecahan dan latihan ibu, latihan belebat ini perlu dirangkum semuanya dalam satu jalan. Ini bermaksud untuk melatih murid memecah gerak dan langkah hingga sebati dngan perbuatan diri. Diperingkat ini dipaggil Pecah Langkah. Latihan tersebut boleh juga dilatih secara berkumpulan dimana kumpulan tersebut dipecahkan kepada dua:  Seorang sebagai mangsa@ Yang kena Serang, dan yang lain menjadi musuh@ Yang Menyerang. Jika ada 8 orang, jadi 1 vs 7..Jika ada 6 orang, jadi 1 vs 5 orang. Perbuatannya mudah: Yang Menyerang masuk melangkah kearah Yang Kena Serang, secara serentak atau berpecah, manakala Yang Kena Serang melangkah pecah menggunakan Belebat 1-5. Guru @ tenaga pengajar akan memerhati langkah tersebut, sambil menegur mana yang silap.

     Sudah tentu, ia agak kekok semasa kali pertama, namun berlandaskan petua dan kaedah yang betul, ia boleh dilakukan. Kelajuan latihan adalah secara berperingkat: bermula dari langkah @ gerak perlahan, sedikit demi sedikit, ia bertambah pantas. Serangan pula dimulakan sekadar melangkah dahulu tanpa menyerang, kemudian dimasukkan penumbuk, kemudian dimasukkan tumbuk berturut, tumbuk berturut ditambah kaki dan seterusnya. Latihan ini boleh dibuat sehinggalah buah Ibu digunakan untuk semua serangan bebas dari Yang Menuju. Sebenarnya latihan Belebat, bukan sahaja untuk musuh 1 lawan 1, tetapi ia sangat penting untuk musuh yang ramai. Disini letaknya kepentingan belebat Langkah 2 dan Belebat Pecah 4, kerana ia mengajar pelatih untuk latihan bertempur lebih seorang. Ini merupakan salah satu ikhtiar untuk menghadapi musuh yang ramai dan ikhtiar untuk melepaskan diri dari musuh yang ramai. Oleh sebab itu, ramai guru - guru PMK menyarankan latihan Belebat dibuat secara harian. Semasa saya belajar PMK besama Guru Sulaiman dan Guru Rahim, terdapat pula senaman yang diberi nama Senaman Panglima. Senaman ini sangat penting untuk menghidupkan gerak,dan kebaikannya saya rasai juga. Didalam senaman ini terkandung senaman -senaman  seperti Betah Ular, Betul Pinggang, kucing dll.

Sebenarnya, latihan yang mudah dan tidak memenatkan seperti ini tetap menghasilkan kemahiran yang diperlukan semasa bertempur. Sebagai rujukan bersama, kita akan mula kupaskan Belebat bermula Belebat 1: Maju Undur pada lain masa akan datang.

3 comments:

  1. Di mana sy ingin belajar pkulan mat klang..da bpe bln sy cbe cri tmpt kt mlke ni..ley x tlg sy gtau kt mne..sy duk duyung melaka..klu ley kol o msj kt sy ktne tmpt die..ni no sy 0176104705..nuar

    ReplyDelete
  2. Wow....
    Thanks for posting this. Insightful and inspiring.
    This article will provide you with some very effective river fishing tips about sports and wushu mats .
    For more info visit : -
    wushu mats



    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete