Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, December 5, 2011

WPMK: Asal dari China?

     Terdapat persoalan yang berlegar dari minda anak-anak WPMK tentang asal-usul permainan ini. Menurut dari Guru Abbas, beliau mendengar dari pertuturan almarhum Mat Kelang bahawa permainan ini asal dari Negara China. Dari kalangan guru Aliran Tek Bong, ada pula mengatakan ia berasal dari gerak ciptaan Mat Kelang sendiri, hasil dari pembelajaran Mat Kelang terhadap permainan Melayu Bugis, serta pembelajaran Almarhum di Negara China sendiri..

Mat Kelang pernah pergi China???

Benar, menurut Pak Abbas.

     Pak Abbas telah menceritakan pada awal usia, Almarhum memang mempelajari  pelbagai ilmu zahir dan Bathin. Beliau telah mendalami kebatinan dari pelbagai pihak, sehingga telah mencapai tahap yang tinggi, seperti dalam ilmu gagah, ilmu meringankan badan, penggunaan wafak dan lain-lain.Dalam ilmu pukulan ini, diceritakan bahawa beliau berkelana ke indonesia, kepulauan Riau,ke india dan China. Semasa berkelana itulah, beliau telah mempelajai ilmu pukulan dari pelbagai tempat dan bangsa. Pernah semasa hari  kematian Anakanda Almarhum Mat Kelang, iaitu Almarhum Hj Jantan, terdapat seorang tua tinggi yang hitam kulitnya, telah berziarah ke rumah Arwah dan mempekenalkan dirinya sebagai adik seperguruan Almarhum Mat Kelang  dari Riau. Pada masa itu, tiada siapa yang mengenali beliau, dan beliau datang dalam keadaan entah dari mana. Kisah ini diceritakan oleh En Mamat kepada saya, sewaktu bertandang ke rumahnya. Sekurang-kurangnya kitaboleh mengiyakan bahawa Almarhum Mat Kelang telah merantau di bahagian kepulauan Melayu kerana ingin mendapatkan ilmu persilatan.

     Terdapat satu dakwaan mengatakan kononnya, jika orang cina melihat permainan Mat Kelang, mereka akan mengatakan itu adalah permainan orang-orang tua cina dahulu. Sebenarnya ini mengarut dan pembohongan dari orang-orang yang suka dakwa-dakwi. Mana ada orang cina kata begitu, kalau ada orang kata begitu, sudah pasti Mendiang Tek Bonglah yang berkata demikian! Tapi Mendiang tak pernah mengatakan demikian, walaupun beliau adalah seorang Cina Baba yang mahir dengan persilatan, kung fu dan lain-lain. Disini letaknya Hints yang menunjukkan permainan ini agak berbeza dari permainan Pengaruh Cina. Kalau sama, takkanlah Mendiang Lee Tek Bong dan muridnya tak nampak. Namun, Permainan ini memang  mempunyai sedikit pengaruh permainan Cina, kerana apabila anda menyebut permainan ini dari Cina, sepatutnya WPMK mempunyai pecah @ dipanggil Quan/kata/Forms tertentu. Jika anda meneliti permainan Kuntau dan Lian, Anda akan mendapati wujud Pecah Kuntau dan Latihan Lian 12. Namun, dalam WPMK, perkara ini wujud, iaitu latihan belebat pecah empat yang sangat mudah dan agak identik dengan Quan/Forms. Disamping itu, jika anda mempelajari kaedah yang betul dalam WPMK, kekuda adalah satu elemen yang penting, dan permainannya bukan permainan yang tinggi, serta latihan yang lebih kerap pada buah yang menggunakan tangan. Sebenarnya, ini merupakan elemen yang sama dalam kungfu aliran Selatan, yang menekankan kepentingan kekuda yang kukuh dan mengutamakan penggunaan tangan. Sekurang-kurangnya, kita boleh bersetuju mengatakan permainan ini mempunyai pengaruh Cina, namun bukan keseluruhan. Walaubagaimanapun, terdapat juga pembawaan sesetengah aliran WPMK yang menyebut kekuda tidak ada, dan gerak agak rendah...saya tidak mengatakan ia salah, mungkin guru yang mengajar itu mempunyai kefahaman yang tersendiri.

    Hakikatnya, Dalam WPMK ini, kita sangat ditekankan akan kefahaman buah itu sendiri. Apabila kita memerhatikan senarai buah dan peringkat buah itu sendiri, akan wujud satu analisa yang jelas, bahawa WPMK ini mempunyai elemen permainan Bugis seperti Pukulan Sendeng dan Pukulan Bawean.  Disini, perlu difahami, bahawa permainan yang dibawa bugis adalah permainan berjarak dekat. Dulu, sewaktu saya bersama Guru Arwah Hj Ismail, beliau menceritakan bahawa permainan seperti Sendeng adalah permainan didalam peperangan, Kata Beliau, jika anda melihat Pesilat Sendeng memasang pukul, anda boleh membayangkan bahawa tangan dihadapan memegang perisai dan tangan yang melapis adalah tangan yang bersenjata. Maka boleh disimpulkan keadaan badan yang dipasang sewaktu bersenjata adalah sama sewaktu tanpa bersenjata. 

     Apabila Bugis menyerang, mereka tidak akan menyerang dalam keadaan menahan atau berjarak Jauh. Apa yang berlaku adalah mereka akan masuk sehampir mungkin pada musuh, ibarat hampir berlaga kepala dengan kepala @ mainannya sejengkal dari Ulu Hati Musuh. Geraknya juga kurang menepis dan membuang, sebaliknya menggabungkan elemen Menunggu dan Menyerang dalam satu Gerak, Bahkan bersifat menyerang/menyerbu dalam satu arah, menjadikan musuh tidak bersedia dan lintang pukang. Sebab itu, Pahlawan dan hulubalang Bugis sangat digeruni musuh penjajah dan Orang Tanah Melayu sendiri. Manakan tidak, mereka boleh datang tanpa diduga, alih-alih sudah ada depan mata! Untuk makluman tambahan, Almarhum Mat Kelang sendiri adalah berketurunan Bugis. Dari pemerhatian Gerak dan buah WPMK ini, dapat saya simpulkan bahawa elemen pukulan melayu terutama dari Warisan Ilmu Perang Tanah Ugi wujud, kerana karakter dan petua pukulannya adalah identik.

Secara Umumnya, kita boleh bersetuju apabila memperkatakan bahawa WPMK mempunyai pengaruh Cina. Malahan ia juga mempunyai pengaruh permainan Bugis yang ketara. Saya suka membandingkan ia dengan Seni Silat Sendeng Haji Hamid dan Buah Pukul Mersing, kerana didalam sendeng, terdapat elemen Kuntau(yang mirip dengan Aliran Cina) dan  Elemen Bugis(Sendeng serta kaedah 7 hari), manakala Lian pula, mempunyai latihan Lian(Syed Abdul Rahman AlYunani yang berasal dari Yunnan @ tanah besar China membawa latihan Lian yang semestinya berbentuk kecinaan) dan juga susunan buah pukulnya yang diwarisi dari Almarhum Awang Daik dan Pak Long Mat Yassin, yang mana kedua-dua guru besar ini adalah pengamal gerak Sendeng dan Sunting. Mungkin kerana saya sendiri mempelajari Sendeng dan Lian, alhamdulillah, ia menyebabkan saya dapat meneliti gerak dan permainan WPMK melalui pemahaman mengenai falsafah gerak Bugis/Melayu dan Gerak Cina. Maka kita boleh panggil pukulan ini Hybrid,hehehe.

Jadi Adakah Permainan ini permainan Melayu?

     Ya, ia permainan Melayu kerana Gurunya(Almarhum Mat Kelang) adalah Melayu Bugis, yang telah mengajar anak-anak Melayu dan Bukan Melayu akan buah-buah pukulan hasil dari pembelajaran Guru itu sendiri terhadap pelbagai gerak dan permainan bangsa Cina,Melayu dan lain-lain.Ia menunjukkan betapa tinggi kefahaman guru-guru kita dalam menuntut ilmu dan mampu menerbitkan imu yang bermanfaat dan berkesan. Kesan ini masih wujud hingga sekarang apabila kita melihat ramai anak-anak WPMK, baik melayu dan bukan Melayu  mempunyai perguruan sendiri dan menggabungkannya dengan Gerak lain yang telah dipelajari. Ini tidaklah salah, kerana Guru -guru kita terdahulu telah melakukan perkara yang sama....TAK SALAH JIKA GERAK  INGIN DISATUKAN ASAL FAHAM APA YANG BOLEH DISATUKAN...

Alfatihah buat guru-guru WPMK yang telah meninggalkan kita, kerana mereka ibarat Pelita buat kita semua...

2 comments:

  1. My father the late Lee Teck Bong is spelled as Teck and not Tek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do you know stories about Raja Ghalib, and Mat Kelang disciple Ali? My father had a chance to meet Raja Ghalib in person

      Delete