Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, October 18, 2010

Belebat Mat Kelang: Buah Songket aka Buah Bodoh.

Disini saya akan menghuraikan tentang buah trademark Pukulan Mat Kelang yang sepatutnya setiap pewaris Mat kelang harus tahu dan memahami rahsia serta falsafah yang terkandung didalamnya. Pengalaman saya sebelum ini, pernah bertemu dengan guru tertentu yang mendakwa pernah mempelajari permainan Mat Kelang, tetapi sayang, buah songket ni dia tak tahu. (Rasa macam nak songket dia pun ada,hahaha). pernah juga saya bertemu guru yang berlatih buah ini, tetapi sayang, bila dia main, dia dok suka main sebiji atau tunggal, langsung meninggalkan buah songket ini.....

Ada pelbagai nama bagi buah ini, ada yang memanggil buah ceduk, ada panggil buah sauk, buah timang putri,buah juak,buah lambung..dan setakat ini, nama ekstrimnya adalah Buah Bodoh/Bodo. Kenapa dipanggil buah Bodo? Hmm, pernah makan Mee Bodo Tengkera tak? Sapa yang pernah makan,pasti tau kenapa dipanggil Bodo. Takde rencah ,sayur taugeh semata dengan Mee saja,Memang goreng semata palat macam tu aje,lauk tambahan cuma Sambal dan telur goreng mata berminyak....tapi, dia punya sedap,punya simple dan pelik tu membuatkan ramai orang tak kira Melayu, cina dan India datang berbondong-bondong siap beratur ambil telur. haa sapa yang pernah makan tau le...dan Buah Songket aka Bodo inilah yang menjadi inti, rahsia dan penyedap permainan Mat kelang ini..

Apa istimewanya belebat songket ini?Begini: Jika anda peminat silat pukulan,kuntau, atau silat seni, ataupun beladiri asing seperti Cina,Korea dan jepun, pasti akan berlatih jurus pertama/drill exercise bermula dengan tumbukan asas bukan?Tumbukan lurus,padat dan padu serta diiringi suara yang kuat,project your voice from dan tien and then stretch to make an arrow stance with a spirit to move a mountain? Well, pelatih Mat Kelang yang asal tak berlatih demikian. Sebaliknya buah bodoh ini le yang akan dilatih kali pertama dengan gerak gelek setempat, seterusnya gerak depan dan belakang macam rel Keretapi.

Baiklah, sekarang kita bincang KAEDAH berlatih buah songket ini.Untuk latihan Asas, kita akan main kekuda rendah setempat atau mat saleh hawau panggil horse Stance(Cina panggil Ma Sek). Apabila dah buat kekuda, kita akan latih songket bermula tumbukan dari bawah(paras aurat) naik selari hingga penumbuk paras bahu sambil GELEK.Ia akan dibuat dilatih berulang-ulang dimana tangan yang tindak songket akan menutup aurat. INGAT, ini hanya asas permulaan untuk yang baru belajar dan tidak tahu pergerakan asas.Ini berguna kerana latihan kekuda akan menguatkan penunggul kita(kaki), apatah lagi ,ada guru yang akan main turun ke paras bawah dan naik semula,ada yang bermain gelek sambil bermain jarak sebutir padi luar/dalam, buang Luar/dalam...Ini semua variasi latihan.Tetapi yang pasti, guru akan kasi kenal dahulu cara songket yang betul dan kegunaannya. Dahulu saya main kaedah ini sewaktu naik ke Buah 5 Cikgu Leman, kita panggil buah setempat...sesuai kalau kita main tempat sempit dan tak tetap seperti atas kapal atau perahu.Untuk pengetahuan anda, Arwah Mat Kelang berlatih cara ini sewaktu bermain atas perahu/kapal(Orang bugis,maklum le kan)

Seterusnya, kita akan berlatih kaedah gerak depan dan belakang, yang mana disini terletak rahsia Dua dalam Satu, dan menjadi penentu asas gerak mat Kelang yang HIDUP dan SELAMAT. Dua istilah ini penting kerana ia menjadi rahsia permainan Mat Kelang,yang jika tak dikupas, akan menjadikan gerak buah bodo ini bertukar menjadi buah Bangang. Saya tidak berhasrat nak buat permainan ini satu permainan extraordinary dengan menyebut istilah-istilah pelik (ada orang suka buat istilah-istilah musykil dan purba, padahal tak de apapun,tembak guna pistol sampai mati lagi bagus,tapi kita panggil buah koboi la camtu), tetapi itulah istilah yang betul untuk kita fahami bila bermain Permainan Mat Kelang ini. Terus terang saya kata,buah Mat Kelang buahnya ringkas dan tak banyak,(bukan "ringkas,mudah dan berkesan" ya...hahaha), tetapi intipati dan falsafah buah pukulan melayu tersirat dalam setiap belebat dan pukulannya... itu sebab ramai yang belajar dan menyimpan, nak ajar pun kadang-kadang kedekut, diajarnya buah yang mengarut dahulu,lepas ditelek akal budi murid, baru diajar..ada jugak yang charge harga belajar macam nak kasi murid muflis pun ada, ada yang time masa time pagi-pagi ayam kokok dan macam macam lagilah cara yang dibuat...Saya sendiri waktu dulu pun sentiasa membayar yuran bulanan atau orang melaka panggil "pemasin", tapi taklah sampai beratus ringgit, dan bila khatam, kita ikut adat khatam asal mat Kelang, time tu memang pemasinnya ada tapi nggak sampe muflis dong. Tuan-tuan tau tak mendiang Tek Bong tu perabih duit berapa? Tau tak harta keluarga dia habis kerana mencari permainan pukulan? Pi Tanya Dr Tango Tan Swee Haa tuh, biar dia cerita sejarah guru dia...sewajarnya kita ambil iktibar dari Mendiang..."Tamat Jahil kerana Ilmu"...

Tapi, saya nak explain sikit bab buah Songket ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat sedikit perbezaan dikalangan pewaris mat kelang mengenai kaedah Songket ini(Nanti next time saya tunjuk, insyaAllah)...saya dah bertemu pelbagai kaedah songket ini dan bagi saya,semuanya boleh diterima dan dipakai asalkan si pemakai tahu bagaimana songket versi masing-masing akan HIDUP dan SELAMAT.Yang saya jumpa ada yang tamat penumbuk separas Bahu,ada yang tamat penumbuk separas mata/hidung, ada yang tamat hingga siku makan dan ada juga yang lengannya lurus dengan penumbuk seperti buah lambung.Memang macam-macam, tapi saya percaya setiap versi ada bekalnya, dan bekal bermaksud HIDUP sebab semua songket/penumbuk tunggal/sebat/tunda mesti berfalsafah dibawah:

"yang menepis itu yang memukul,
 yang melapis itu yang memukul,
 yang pukul itu yang memukul"

Maka simpul diatas dinamakan MAKAN PUKUL. siapa yang makan dialah yang membawa bekal....

5 comments:

  1. Salam kpd saudara irwan....tahniah atas info bermanfaat yg saudara berikan.. penjelasan yg mudah difahami ttp tepat & penuh ilmiah...

    Diharap dpt meneruskn blog saudara dgn ilmu2 & info2 yg bermanfaat kpd semua para pengamal/peminat pukulan mat kelang...Wslm....

    ReplyDelete
  2. ingat lagi time mula2 trainng buah songket ni dlu..masih bnyak prlu dibaiki oleh dri ini..trima kash..dr blog ni dpt tahu byk ttg Mahaguru Mat Kelang

    ReplyDelete
  3. the best and dangerous attacking fist is in buah bodo.

    ReplyDelete
  4. Salam tuan,saya dari kelantan dan pernah merasa sedikit pukulan mat kelang yg terdapat didalam pukulan buah melaka silat setiabakti daripada kawan saya, saya berminat untuk mempelajari lagi ilmu pukulan ini, dimana saya boleh belajar pukulan ni?.

    ReplyDelete