Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam muhibbah.
Guru Besar Pukulan Mat Kelang (Tengah)
Bersama Master Lee Tek Bong (Kiri)
Dan Raja Ghalib (Kanan)
"Selak Daun Petik Buah Nama yang Asal,
Pukulannya Asli Jangan Disangkal,
Gerak Melayu Mainannya Handal,
Nilainya Tinggi Sangatlah Mahal. "
Salam sejahtera buat semua yang melayari blog ini.Selamat datang kepada pencinta beladiri khususnya Permainan Pukulan Melayu dari pelbagai nama dan pertubuhan di Nusantara ini, Tidak kira dari yang tidak dikenali mahupun yang dikenali...kerana permainan Pukulan ada yang jantan ada yang betina, ada yang pepat ada yang sendeng, ada yang sembunyi ada yang terang, ada yang tersurat ada yang tersirat,ada yang zahir ada yang rahsia.
Saya merupakan seorang pencinta seni mempertahankan diri, terutama Seni Warisan Bangsa Melayu yang penuh bersejarah, dan mempunyai akar umbinya(roots) yang kukuh, mempunyai sanad serta susur galur permainannya yang benar. Secara jujur, saya mengatakan "Seni Warisan Bangsa Melayu" bermaksud bahawa tidak semestinya permainan itu merupakan silat melayu, tetapi sekiranya permainan itu adalah permainan berasal dari luar, tetapi telah dipelajari dan diamalkan oleh bangsa melayu, malah telah dihias dengan seni, gerak, petua dan tempur Melayu, maka ia juga dikira sebagai Warisan Bangsa melayu.
Saya adalah salah seorang pewaris Permainan Mat Kelang yang berniat untuk Menyebarluaskan sejarah, lagenda, mitos dan dongeng yang melibatkan Permainan Mat Kelang ini. Mengapa saya menyebut "sejarah, lagenda, mitos, dan dongeng"? Ini kerana didalam perguruan-perguruan yang mengaku memiliki Permainan Mat Kelang, terdapat banyak kisah yang boleh diklasifikasikan sebagai sejarah Permainan, lagenda-lagenda Mat Kelang yang banyak diceritakan oleh guru-guru aliran Mat Kelang, malah terdapat juga mitos atau kisah dongengan yang didakwa oleh guru-guru ini.
Saya juga berniat untuk mengumpul data dan catitan mengenai semua pewaris Permainan Mat Kelang yang sebenarnya ramai di Malaysia ini terutama di bahagian selatan dan pantai barat Malaysia, ada yang wujud secara perguruan asli, perguruan yang sudah berasimilasi(maksudnya perguruan yang sudah mencampur adukkan permainan Mat Kelang dengan yang lain), guru-guru yang sudah mengundurkan diri dari Mengajar, murid-murid Mat Kelang yang masih hidup atau yang sudah pergi meninggalkan kita, serta pewaris-pewaris generasi baru yang masih ada. Ini merupakan usaha amal jariah dengan niat mengukuhkan silaturahim, bukan berniat untuk membanding-bandingkan permainan Mat Kelang yang sudah pasti mengalami perubahan yang kecil atau besar,kerana perlu difahami bahawa penerimaan murid terhadap ajaran guru tidak sama, dan khusus untuk permainan Mat Kelang ini, terdapat pula kaedah dimana guru akan mengajar muridnya mengikut peel dan kemampuan murid itu sendiri, yang mana kesannya akan menghasilkan gaya permainan yang berbeza-beza. Namun, terdapat kesepakatan tertentu yang boleh membezakan permainan ini sama ada ia asli atau sebaliknya.kesapakatan ini melibatkan Buah Pukul yang 7, trademark buah sebat dan songket dan petua kaedah serta pukul.
InsyaAllah, didalam blog ini akan saya paparkan setiap hasil tujuan yang saya sebutkan diatas, dimana ia akan di update oleh saya secara sambilan. Untuk makluman juga, saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email (amangkurat88@yahoo.com) atau menghubungi saya terus di talian 0196548189.

Salam perkenalan... Terima kasih diatas perkongsian bermaklumat dr pihak saudara... Saya juga mempunyai gambar lama seperti diatas. Kebetulan saya baru plan utk uploadkan gambar tersebut (beserta artikel terbaru) dlm posting yg akan datang diblog saya....Apapun, T.Q...);
ReplyDeletesalam saudara Wan,TQVM atas comment.Saya rasa gambar ni pun sapa2 boleh ambil...lagipun gambar ni saya dapat waktu menemuramah Guru Tango di gelanggangnya...saya bawa guru Azlan Ghanie untuk temuramah beliau..
ReplyDeleteSalam,semoga tuan sudi membimbing umat Muhammad yg hendak menuntut dengan tuan..
ReplyDeletemat kelang memang terkenal dengan kehandalan nya... memang pendekar yang handal... tp sedikit fakta lari... tak banyak pun.. apa yang saya tahu anak arwah raja ghalib masih hidup... dan boleh tahan handal nya tp mereka banyak merahsiakan diri mereka... dan anak murid yang paling di sayangi raja ghalib juga masih hidup...
ReplyDeleteAyah saya berguru dengan anak murid Raja Ghalib iaitu Encik ismail di Singapura. Ayah saya sempat bertemu Raja Ghalib(Pak Engku) dan berkawan dengan anak2 beliau. Memang Ada anak beliau yang masih hidup
Deletesalam... di mana gelanggang Pukulan Mat Kelang yg berhampiran Taman Keramat, KL?
ReplyDeleteSalam.Maaf saya nak tanya yg dlm gambar sebelah kanan tu betulkah arwah Raja Ghalib. Mana Tuan dapat sumber maklumat .
Delete