Kepada pembaca yang budiman.

Saya mengharapkan kepada mana-mana pembaca blog yang mengetahui,memiliki atau mewarisi info berkaitan Permainan Mat Kelang di tempat tuan/puan, atau di mana sahaja ceruk rantaunya, saya berbesar hati sekiranya maklumat tersebut dapat disalurkan kepada saya secara email dan di talian untuk kita kaji dan kongsi bersama.
wpmkresources@gmail.com
http://www.facebook.com/people/Sang-Wingit-Sabdajadi/100000270806246
0196548189(SMS)

Followers

Monday, November 8, 2010

Dalil menuntut PUKULAN menurut Islam BAH 1: NIAT

Dalam kaedah pukulan, apa saja gerak, gayang , langkah, yang dimulakan oleh anggota TIDAK akan tercetus, jika tiada NIAT.Jika anda faham ini,maka anda berada di zon PASANG, yang mana ia akan bertukar kepada MAKAN GERAK.. Jika tiada NIAT, maka "pukul tak jadi, langkah pun mati"...dan NIAT ini akan kembalikan kita kepada Dalil Ibadah ISLAM..apa kaitannya dengan Ibadah?

Sabda  Rasulullah SAW dari Hadith Mutawatir:
"Setiap amal pasti bermula dari Niat"(Innamal A'maalu Binniyyat)

Cantiknya seorang Muslim ini adalah, apabila segala amalnya yang dibuat, tidak kira dengan hatinya, lisannya atau anggotanya akan berubah menjadi Ibadah apabila Niat Amal itu dilakukan kerana Allah. Hatta jika membuang air besar sekalipun,pasti menjadi ibadah jika betul kaedahnya.

Rukun Solat pun bermula dari Niat.

Sebab itu, jika orang membicarakan aspek pukulan, ia juga dikira ibadah apabila ia diamalkan dengan niat untuk membela 4 perkara yang berubah menjadi JIHAD:

1.Kerana membela Agamanya. 2.Kerana membela Hartanya 3.Kerana membela Saudara/kerabatnya 4.Kerana membela dirinya.

Kenapa 4 PERKARA? KERANA IA MENYAMPAI KEPADA SALAH SATU HAQIQAT DARI 4 HAQIQAT JALAN YANG BENAR IAITU : SYAHID.

Rasulullah SAW Bersabda:
"Barangsiapa yang terbunuh kerana membela hartanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela agamanya, maka ia syahid. Terbunuh kerana membela dirinya, ia syahid. Dan terbunuh kerana membela keluarganya, ia syahid." (Hadis Riwayat Ahmad(1565), Tirmidzi(1341), An Nasa’I(4026), Abu Daud(4142))

Jika berlaku 4 perkara ini, maka wajib ia berjihad dengan "KEKUATAN" yang ada pada seseorang muslim itu.

Jika membicarakan soal kekuatan,Di dalam Al Qur'an:

Dan bersiap sedialah sekuasa kamu daripada SEGALA KEKUATAN dari pasukan berkuda yang bersedia bagi menakutkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh –musuh lain yang kamu tidak ketahui sedang Allah mengetahui. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasan bagi kamu, dan kamu tidak akan dizalimi.” - Al Anfal 60

Konsep KEKUATAN yang dibahaskan disini adalah bermaksud PERSEDIAAN menghadapi musuh Allah. Ironinya, sesiapa yang mencetus ancaman kepada 4 perkara diatas, secara automatiknya berubah  menjadi Musuh Allah....Namun, adakah kita,anak-anak kita,adik-kita kita sudah bersedia dengan sebarang PERSEDIAAN? Apa KEKUATAN kita sekarang ini?...

Dalam mempelajari beladiri, kita harus sedar bahawa ia adalah satu bentuk method KEKUATAN kerana anda akan mahir dalam kaedah bertempur tangan kosong / senjata, dimana ia akan menjadi IKHTIAR.

Ingat : IKHTIAR, DO'A dan TAWAKKAL

Maka IKHTIAR, DO'A dan TAWAKKAL perlu dijalankan dengan YAQIN tanpa waswas, syak dan Waham.

Apa Maksud Yaqin : DENGAN NIAT/JAZAM YANG PUTUS.(tiada bolak-balik)

Sebab tu kalau kita pukul,kita dah iktikad untuk habiskan musuh...,itu sebab,kalau nak pukul, pukul betul-betul beb....

"biar kita lalu sampai tiada jalan pulang.."

bersambung..

No comments:

Post a Comment